Aktiviti ini dijalankan bersama Tabika Perpaduan Taman Selamat serta Tabika Perpaduan Taman Seri Janggus. Pihak tabika meminta perpustakaan desa membuat aktiviti untuk penyertaan 4 dan 5 tahun, Kami memilih untuk membuat pertandingan mewarna.Manakala pihak tabika membuat pertandingan membuat kolaj. Kerjasama ini dijalankan bersama PDSI Kebun Sireh serta PKSI Taman Makok.
# Terima kasih kepada Puan Azizah serta Puan Azariah kerana memberi kerjasama dalam sesi bahan dan juga hadiah untuk program hari ini.
Sesi pemilihan buku untuk warga emas Rumah Sejahtera Permatang Tinggi
Hari : Khamis
Tarikh : 16 Februari 2012
Lokasi : Tabika Taman Sukun, Tabika Kemas Taman Perwira, Rumah Sejahtera Permatang Tinggi, Tabika Kemas Kg.Seri Kijang.
Pada 16 Februari 2012 PDSI Permatang Tinggi bersama PKSI Taman Makok dan PDSI Kebun Sireh telah pergi ke Tadika Taman Sukun untuk menghantar buku, kerana kunjungan minggu lepas adalah memberitahu tujuan kedatangan kami sahaja. Selepas itu kami ke Tabika Kemas Taman Perwira juga untuk menghantar buku dan lokasi selepas itu kami ke Rumah Sejahtera Permatang Tinggi juga untuk menghantar buku yang bersesuaian kepada orang tua atas permintaan penyelia Rumah Sejahtera tersebut.Lokasi terakhir ialah Tabika Kemas Kg. Seri Kijang, memberi keterangan tujuan kedatangan kami serta serba sedikit tentang perpustakaan.
# Pihak Pengurusan Rumah Sejahtera Permatang Tinggi meminta pihak perpustakaan supaya mengadakan aktiviti untuk warga emas seperti kraftangan dan tarian/menari/ senaman kerana warga Rumah Sejahtera amat berminat aktiviti seperti itu.
Pada sebelah pagi PDSI Permatang Tinggi beserta PDSI Taman Makok dan PDSI Kebun Sireh telah membuat promosi memperkenalkan perpustakaan di 4 buah lokasi serta tujuan promosi ini dijalankan.Alhamdulillah disambut baik oleh guru-guru. Lokasi pertama ialah Tadika Taman Sukun.
Aktiviti ini sepatutnya ialah aktiviti mewarna permainan tradisional, tapi setelah dicari-cari lukisan tu tidak ditemui lagi. Bagi menggantikan aktiviti ini sy gantikan dengan aktiviti 'customize your car'.