Tajuk Bahan : MENGENAL MALAIKAT
Penulis : MUNIR ALI
Seorang Khalifah
Allah SWT berfirman
“ Sesungguhnya Aku hendak jadikan di
muka bumi ini seorang khalifah” Malaikat bertanya “ Apakah gunanya
Engkau jadikan khalifah yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan
darah? Padahal kami sentiasa berzikir dengan memujiMu.” Jawab
Allah, “ Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Malaikat menjawab “ Maha Suci Engkau!
Kami tidak mempunyai pengetahuan, kecuali apa-apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi
Bijaksana.
Boleh Menjelma Berbagai-bagai Rupa
- Malaikat hanya sejenis makhluk,tubuhnya halus dan tidak dapat dilihat oleh manusia.
- Malaikat bukan lelaki atau perempuan dan bukan pula khunsa.
- Malaikat tidak makan dan minum serta tidak pernah melakukan sebarang kesalahan selain dari patuh kepada perintah Allah.
- Malaikat boleh menjelma berbagai rupa menurut kehendak dan izin dariNya.
Tugas-tugas Malaikat
- Menyampaikan wahyu
- Pemberi rezeki
- Peniup sangkakala
- Mencabut nyawa
- Mencatat amalan manusia
- Menyoal didalam kubur
- Penjaga syurga
- Penjaga neraka
Setiap orang yang beriman akan mendapat
balasan baik atas segala amalan perbuatan baik mereka manakala yang
jahat sebaliknya.
SUMBER dari SIRI TAUHID MENGENAL
MALAIKAT sila dapatkan untuk bacaan lebih lanjut
call no: K 297 MUN
......................................................................................................
Sumber
: Berita Harian 15 Mei 2012
Pupuk
Anak Minat Belajar Membaca
- Sediakan pelbagai peluang untuk anak menconteng, menulis, melakar, mewarna, mengecat sejak kecil.
- Sediakan persekitaran yang kaya dengan bahan mencetak pelbagai bentuk dan jenis.
- Membaca buku cerita dalam suasana interaktif, komunikasi antara pengasuh, ibu bapa dan kanak-kanak.
- Beri peluang untuk perbincangan panjang.
- Banyak menyoal sebagai cara menggalakkan perkembangan bahasa dan percambahan pikiran.
- Buat buku dengan kanak-kanak menggunakkan bahan terbuang.
- Bantu kanak-kanak biasa dengan namanya contoh menulis nama pada barang-barang kepunyaannya.
- Wujudkan persekitaran membaca di rumah.
- Sediakan pelbagai jenis buku, anak patung dan permainan berbentuk buku sebagai daya tarikan kanak-kanak mendekati buku.
- Mengumpul bahan bacaan bukan hanya untuk kanak-kanak membaca tetapi juga untuk orang dewasa membacakan untuk mereka.
- Memanfaatkan penggunaan kaset atau audio.
..........................................................................................
Tajuk Bahan
:TERSENYUMLAH
Pengarang :
Dr. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
Dicelah-celah
badai kesukaran, pasti ada kesenangan selepas kesusahan, kegembiraan
selepas kesedihan, kejayaan selepas kegagalan. Jiwa-jiwa yang gelisah
akan panik menghadapi kesusahan manakala jiwa-jiwa yang senyum akan
mengatasi kesusahan dengan mudah.
Betapa
ramainya orang yang berendam dalam kesedihan, betapa ramainya orang
yang diselindungiawan kesedihan dan dipermainkan oleh kesusahan demi
kesusahan sehingga tidak meluangkan lagi bagi orang tersebut waktu
untuk merasakan manisnya tersenyum, indahnya tertawa dan seronoknya
bersenda gurau.
Sehingga
tidak berlebihanlah jika sebahagian buku-buku menyatakan bahawa
tersenym adalah petanda bagi tingkatkan peradaban, cerminan bagi
tingkat kemajuan dan bukti nyata atas kemajuan berfikir dari sesuatu
bangsa serta cerminan bagi akhlak terpuji.
Beberapa
istilah dalam Bahasa Arab tentang tersenyum
Al-Bisyru
-
yang
bermaksud berserinya wajah
Al-Bahjah
dan
Al-Ibtihaj
- yang bermaksud gembira
Al-Dauhdughah
- yang
bererti rasa teruja
Al
-Thorob -
yang bererti keriangan dan kegembiraan
Antara cerita pendek yang terkandung
didalam naskhah ini ialah :
Seorang badwi ketika menerima pisang
dari kawannya, dia mengamat-amati pisang tersebutdan berkata : “
Saya tidak tahu kepada siapa saya mesti mengaguminya. Apakah kepada
orang yang telah membuat kulit pisang atau orang yang telah
memasukkan buah kedalam kulit pisang ini?”
SUMBER
dari
naskhah
TERSENYUMLAH. sila
dapatkan untuk bacaan lebih lanjut.
Call
no : 899.77008
ALQ
...................................................................................................
Tajuk Bahan
: KESIHATAN KELUARGA
Pengarang :
Raihanah Abdullah
Apa yang
ada di dalam buku ini?
1.Kenali
tanda awal dan simptom penyakit lazim
2.ketahui
rawatan dan cara mencegah
Mengenali
Bell's Palsy
Kes 1
Seorang
ibu berasa musykil melihatkan perubahan senyuman pada anak
perempuannya yang berusia 8 tahun. Ini kerana mata, hidung dan bibir
kanak-kanak perempuan itu kelihatan senget apabila ia tersenyum.
Kerisauan terus menghantui si ibu kerana perubahan pada wajah anaknya
itu begitu ketara dan menyedihkan apabila dia menangis.
Apakah
Punca Bell's Palsy?
Punca
sebenar masih belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun pakar
perubatan di Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada
virus HERPES
ZOSTER .
Berdasarkan teori penyelidik Jepun itu virus itu juga menjadi punca
penyakit
kayap dan
cengkering atau
chicken
pox yang
hidup dalam saraf ganglion sama ada disebelah kiri ataupun kanan
telinga seseorang.
Apakah
Simptom atau Gejala Bell's Palsy?
- muka menjadi senget
- mata dan kening kelihatan jatuh kebawah
- tiada air mata pada bahagian wajah yg diserang Bell's Palsy
- garisan pada pipi akan jatuh
- sukar mengawal pengeluaran air liur
- berdesing atau berdengung di telinga @ sbg tinnitus
- bahagian depan lidah terasa kebas
- mengalami kesukaran meniup atau menghembus
- sakit telinga atau keradangan dalam telinga
Apakah
pemeriksaan yang perlu dilakukan?
- Mata
Doktor
akan memeriksa mata pesakit,pesakit diminta supaya memejamkan mata
dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan
bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami
Bell's
Palsy.
- Lidah
Doktor akan meminta pesakit menentukan
makanan yang diambil itu sama ada masin ,masam atau manis, deria rasa
akan terjejas akibat penyakit itu
- Mulut
Apabila disururuh bersiul mereka tidak
mampu melakukannya.
SUMBER
dari naskhah Siri Kesihatan Keluarga, KESIHATAN
KELUARGA
sila dapatkan untuk pengetahuan lanjut.
Call
No : 613
RAI
.............................................................................................
.............................................................................................
Tajuk Bahan
: MENINGKATKAN DAYA FIKIR
Pengarang :
Mohd. Azhar Abd Hamid
Pemikiran
-Dalam kehidupan seharian individu
sentiasa berfikir dalam membuat pilihan atau keputusan.
-Pilihan dan keputusan yg dibuat adalah
hasil dari pemikiran.
-Pemikiran penting dalam menentukan
tingkah laku dan kejayaan berdasarkan pilihan dan keputusan yg tepat.
-Pemikiran
mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle yg mengatakan ciri yg
membezakan antara manusia dan haiwan lain adalah rasionalistik
keupayaan
berfikir.
Jenis-jenis
pemikiran
- Pemikiran kreatif
- Pemikiran kritis
- Pemikiran refleksif
- Pemikiran penaakulan
- Pemikiran celik akal
- Pemikiran lateral
Kesimpulan
Secara keseluruhan, pemikiran merujuk
kepada aktiviti mental yg berlaku dalam otak dimana aktiviti itu
perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan,pemikiran juga melibatkan
kemahiran mental.
SUMBER
dari naskhah Siri Kesihatan Belajar, MENINGKATKAN
DAYA FIKIR
sila dapatkan untuk pengetahuan lanjut.
Call
No : 153.42
MOH
.......................................................................................................
Tajuk Bahan
: Memimpin ataupun Terpimpin
(Tip Menjadi Pemimpin Berkredibiliti)
Pengarang :
Robiah K. Hamzah, Ph.D.
-Organisasi
yg tiada pimpinan utuh ataupun kelompok yg tiada pemimpin umpama
tubuh tanpa kepala, yg mudah menjadi sesat, panik dan kacau bilau.
-Sebahagian
besar manusia memerlukan pimpinan.
-
Kepimpinan adalah salah satu ciri sebuah organisasi.
-
Mengemukakan panduan dan bimbingan yg asas umumnya yg berminat serta
terlibat dalam pertubuhan sukarela di peringkat kawasan ,zon dan
cawangan.
Contoh-2 yg
ditemui dalam kehidupan sehari yg memberi pemahaman yg berikut
- Kepepimpinan dan kepimpinan memerlukan pemimpin dan pengikut
- Memimpin bererti menunjuk jalan ataupun arah, mendidik, menolong, mengawal dan mengarah.
- Pemimpin dan pengikut mempunyai peranan masing2 bergantung pada keadaan ekonomi, politik, sosial dan teknologi.
Terdapat
pelbagai cara pemimpin mempengaruhi orang bawahan antaranya:
-memberi
gambaran masa depan lbh baik
-mempercayai
org bawahan
-memberi
tanggungjawab
-meminta
pertimbangan
-memberi
perintah
-memberi
petunjuk
-memberi
motivasi
Sumber
dari naskhah Memimpin
ataupun Terpimpin sila
dapatkan untuk bacaan lanjut
Call
No : 658.4092
ROB
No comments:
Post a Comment