Wednesday, January 26, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa cina...
Bagi memeriahkan lagi Perayaan Tahun Baru Cina kali ini sy ingin berkongsi info tentang Tahun Arnab

Tahun Arnab

ARNAB adalah haiwan keempat dlm kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yg gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dlm perkara yg dilakukan.Tiada sesiapa pun yg mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yg baik dan tahu cara utk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yg terkawal , berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yg bertenaga bg mereka yg dilahirkan pada tahun arnab. Segala yg dirancang jika direncana dengan baik akan memberi hasil yg menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yg amat baik utk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan.Namun, masyarakat Cina percaya mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.

Keperibadian individu Tahun Arnab:

* Lelaki - Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi.

* Perempuan - Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif dan suka menggembirakan hati org.

Tahun:
1903, 1915, 1927, 1939, 1951,
1963, 1975, 1987, 1999

Sunday, January 23, 2011

AkTiViTi MewArNa...




Aktiviti mewarna bersama kanak-kanak telah dijalankan pada 22 Januari 2011, hari sabtu.

Tuesday, January 18, 2011

Aktiviti Kraf Ikan



Aktiviti ini menggunakan kreativiti untuk mencorak ikan masing-masing dengan menggunakan tapak tangan untuk membuat ikan. Dijalankan pada hari Khamis 13/01/2011.

Aktiviti Mewarna


Aktiviti Mewarna dijalankan pada hari Rabu 12/01/2011.

Tuesday, January 4, 2011

Promosi Di Tadika Taman Sukun........




Promosi dijalankan pada hari selasa (05/01/2011), bertempat di Tadika Taman Sukun, Simpang Ampat, Bkt. Mertajam.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengenalan Perpustakaan Desa Permatang Tinggi, Pertandingan Mewarna, Setiap Bayi Satu Buku serta Door to Door.

Turut membantu Irwani Ismail (PDSI Taman Makok)