Friday, April 27, 2012

Majlis Perjumpaan 1 Malaysia Penduduk Parlimen Batu Kawan





Majlis ini dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Majlis Sepetang Bersama serta Penyampaian dan Pengagihan Jaket Skim Ronda Sukarela. Kami mengambil kesempatan untuk membuat promosi di sekitar majlis. Terima kasih
Puan Kee Sai Hiang kerana menjemput PDSI Pmtg Tinggi, PDSI Kebun Sireh, PKSI Taman Makok dan PDSI Sg. Nyiur untuk turut serta.

Promosi yang dijalankan :
- Baby Book
- Pendaftaran ahli
- Pameran buku Lincoln Corner
- Perkhidmatan perpustakaan.

Hari : Khamis
Tarikh : 26 April 2012
Lokasi : Tapak Pasar Malam Perumahan Kg. Juru
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg

Wednesday, April 25, 2012

Door To Door

Cikgu juga ada menanyakan tentang buku kanak-kanak dari terbitan Dewan Bahasa untuk murid2 yang akan dilatih untuk bercerita, kami akan mencari bahan perpustakaan dari terbitan Dewan Bahasa akan dihantar untuk pinjaman berkelompok.

Lokasi keempat : Tabika Kemas Desa Damai
Lokasi ketiga : Tabika Kemas Kg. Tok Panjang

Lokasi kedua : Tabika Kemas Balik Bukit


Lokasi pertama Door To door ialah

Tabika Perpaduan Taman Sukun

Hari : Rabu
Tarikh : 25 April 2012

Aktiviti Bersama Tabika Kemas Balik Bukit






Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama PDSI Permatang Tinggi, PKSI Taman Makok serta PDSI Kebun Sireh.

Hari : Rabu
Tarikh : 25 April 2012
Lokasi : Tabika Kemas Balik Bukit

Terima kasih Cikgu Nani kerana memberi kerjasama.

Tuesday, April 24, 2012

Perasmian Karnival Hari Buku & Hakcipta Sedunia



Hari : Isnin
Tarikh : 23 April 2012
Lokasi : Perpustakaan Georgetown

Friday, April 20, 2012

Lukisan Gergasi





PDSI Permatang Tinggi telah diberi tugas untuk menyiapkan lukisan sempena Program Karnival Buku dan Hakcipta...

Wednesday, April 18, 2012

Karnival Hari Buku & Hakcipta Sedunia



(credit photo for FB Library)


Marilah kita meriahkan lagi Karnival Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia

Kursus Asas Pembinaan Blog siri 2/2012

(credit photo for FB Library)

Pembantu menghadiri Kursus Asas Pembinaan Blog siri 2/2012

Hari : Rabu
Tarikh : 18 April 2012
Lokasi : Bilik Latihan PPAPP

Tuesday, April 10, 2012

Pertandingan Buku Skrap

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) akan menganjurkan Pertandingan Buku Skrap bertajuk 'Hari Buku dan Hakcipta' sempena Karnival Hari Buku Dan Hakcipta yg akan berlangsung

Hari : Isnin
Tarikh : 23 April 2012
Lokasi : Perpustakaan Cawangan George Town

SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada ahli perpustakaan iaitu pelajar berumur 7-9 tahun sahaja
2. Setebal sekurang-kurangnya 10 - 15 muka surat
3. Mengandungi maklumat bertulis dan lakaran. Gambar adalah bonus.
4. Boleh bertulisan tangan yang kemas atau bertaip.
5. Menggunakan Bahasa Melayu sahaja
6. Nama, Alamat, Nombor Telefon dan No Keahlian Perpustakaan mestilah diletakkan di
muka hadapan beserta tajuk.
7. Tarikh akhir serahan adalah pada 21 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan
Seberang Jaya untuk penduduk di Seberang Perai dan di Perpustakaan Cawangan
George Town untuk penduduk di sebelah pulau
8. Hadiah berupa plak beserta sijil untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga
disediakan. Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan.
9. Pemarkahan berdasarkan isi kandungan, kekemasan dan kreativiti.
10.Keputusan pengadil adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Pn Azariah Ahmad - 04-3902387 (Rabu - Ahad) / 0195668364

Teka Silang Kata



Aktiviti ini dijalankan pada

Hari : Sabtu
Tarikh : 07 April 2012

Tuesday, April 3, 2012

PrOmOsi Di Program Gotong Royong







Hari : Ahad
Tarikh : 01 April 2012
Lokasi : Tabika Kemas Taman Desa Damai
Program : Gotong Royong Bersama Ibu Bapa

Disamping ibu bapa tengah bergotong royong, kami mengambil kesempatan untuk membuat aktiviti mewarna bersama adik2 yang menunggu ibu bapa bergotong royong di kawasan sekitar sekolah Tabika Kemas Taman Desa Damai.

kakitangan terlibat PDSI Permatang Tinggi, PDSI Kebun Sireh, PKSI Taman Makok.

# terima kasih kepada Cikgu Masyitah kerana bekerjasama dengan perpustakaan desa..