Saturday, February 18, 2012

Promosi Door To Door

Tabika Kemas Kg. Seri Kijang

Sesi pemilihan buku untuk warga emas Rumah Sejahtera Permatang Tinggi

Hari : Khamis
Tarikh : 16 Februari 2012
Lokasi : Tabika Taman Sukun, Tabika Kemas Taman Perwira, Rumah Sejahtera Permatang Tinggi, Tabika Kemas Kg.Seri Kijang.

Pada 16 Februari 2012 PDSI Permatang Tinggi bersama PKSI Taman Makok dan PDSI Kebun Sireh telah pergi ke Tadika Taman Sukun untuk menghantar buku, kerana kunjungan minggu lepas adalah memberitahu tujuan kedatangan kami sahaja. Selepas itu kami ke Tabika Kemas Taman Perwira juga untuk menghantar buku dan lokasi selepas itu kami ke Rumah Sejahtera Permatang Tinggi juga untuk menghantar buku yang bersesuaian kepada orang tua atas permintaan penyelia Rumah Sejahtera tersebut.Lokasi terakhir ialah Tabika Kemas Kg. Seri Kijang, memberi keterangan tujuan kedatangan kami serta serba sedikit tentang perpustakaan.

# Pihak Pengurusan Rumah Sejahtera Permatang Tinggi meminta pihak perpustakaan supaya mengadakan aktiviti untuk warga emas seperti kraftangan dan tarian/menari/ senaman kerana warga Rumah Sejahtera amat berminat aktiviti seperti itu.

No comments:

Post a Comment