Tuesday, April 10, 2012

Pertandingan Buku Skrap

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) akan menganjurkan Pertandingan Buku Skrap bertajuk 'Hari Buku dan Hakcipta' sempena Karnival Hari Buku Dan Hakcipta yg akan berlangsung

Hari : Isnin
Tarikh : 23 April 2012
Lokasi : Perpustakaan Cawangan George Town

SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada ahli perpustakaan iaitu pelajar berumur 7-9 tahun sahaja
2. Setebal sekurang-kurangnya 10 - 15 muka surat
3. Mengandungi maklumat bertulis dan lakaran. Gambar adalah bonus.
4. Boleh bertulisan tangan yang kemas atau bertaip.
5. Menggunakan Bahasa Melayu sahaja
6. Nama, Alamat, Nombor Telefon dan No Keahlian Perpustakaan mestilah diletakkan di
muka hadapan beserta tajuk.
7. Tarikh akhir serahan adalah pada 21 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan
Seberang Jaya untuk penduduk di Seberang Perai dan di Perpustakaan Cawangan
George Town untuk penduduk di sebelah pulau
8. Hadiah berupa plak beserta sijil untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga
disediakan. Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan.
9. Pemarkahan berdasarkan isi kandungan, kekemasan dan kreativiti.
10.Keputusan pengadil adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Pn Azariah Ahmad - 04-3902387 (Rabu - Ahad) / 0195668364

No comments:

Post a Comment